Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut”.Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh”.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah,
wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku
menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah
dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.
“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.
Ada satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”. Setelah mendengar jawapan
mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil
anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai
bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya
tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah SAW berkata:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat sakaratul maut orang itu.”
Sambung Rasullullah SAW. lagi: “Kalau orang yang sakaratul maut itu orang
yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang sakaratul maut itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini
adalah karena sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Malaikat Jibril as.” Kalau orang yang sakaratul maut itu orang munafik,
maka Malaikat Jibril as akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang sakaratul maut itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana
terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah
orang mukmin itu.
Lalu Allah SWT berfirman “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik
saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT. maka malaikat maut pun
cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut coba
pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat
maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut coba
pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan dzikir.” Akhir sekali malaikat
maut coba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah SWT.Kemudian Allah SWT berfirman :”Wahai malaikat Ku,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat
perintah Allah SWT. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah SWT.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Sayyidina Abu Bakar ra.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Sayyidina Abu Bakar ra:”Roh itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Wallahua’lam
Posting Komentar